Thursday, 28 April 2011

Khasiat CUKA DELIMA

Khasiat CUKA DELIMA:

- Cuka delima membantu meningkatkan tahap kolestrol yang baik disamping menurunkan kolestrol yang buruk.

- Membantu melancarkan peredaran darah dalam badan. Ini adalah kaedah terbaik melindungi diri daripada penyakit jantung atau serangan jantung. Ini kerana delima mengandungi ‘flavonoids’ dan ‘polyphenols’ yang tinggi, antioksidan yang mampu melawan penyakit jantung dan kanser.

-Unsur flavonoids melindungi otak dan menguatkan memori.

- Cuka delima merupakan pendekatan yang baik bagi melawan penyakit. Ianya dapat memperbaiki kitaran darah pengguna. Tahap antioksidan yang tinggi dalam delima akan membantu menguatkan sistem dalam badan dan melawan apa jua penyakit. Ini adalah langkah awal untuk pengguna dari menjadi mangsa serangan jantung atau penyakit hati.

- Mengurangkan risiko penyakit kencing manis

- Mengurangkan perkembangan kanser kelenjar prostat dan mencegah kanser payudara.

- Membantu merendahkan tekanan darah tinggi. Kandungan antioksidan pada delima juga mampu untuk mengurangkan pengumpulan sel darah kotor dan secara semulajadinya mengurangkan tekanan darah, faktor kepada pencegahan serangan jantung dan strok.

- Dapat mengurangkan pembentukan plak pada gigi.

- Meningkatkan pengaliran darah pada genitals (alat kelamin).

- Mengatasi masalah kekeringan pada vagina wanita. Menjadikan vagina lebih subur dan lembap.

Harga sebotol (500ml) - RM 23.00

Khasiat CUKA EPAL

CUKA EPAL memang sudah diketahui mempunyai banyak khasiat yang terkandung di dalamnya sejak dulu lagi. Ia telah lama digunakan sebagai bahan tonik kesihatan oleh orang-orang Greek di Mesir. Cuka epal ialah sejenis cuka yang diperbuat daripada bahan yang diproses dengan fermentasi yang mana gula di dalam air buah epal dipisahkan oleh bakteria dan ragi yang berwarna kuning keemas-emasan dan dijual dalam bentuk semulajadi. Cuka epal sering digunakan untuk tujuan kesihatan selain daripada digunakan dalam masakan. Ia mula popular setelah Dr D.C. Jarvis, penulis buku kesihatan mengesyorkan cuka epal diminum setiap hari sebagai “home cure” (ubat di rumah).

Khasiat CUKA EPAL:


- Memecahkan molekul lemak dan secara tidak langsung membantu proses penurunan berat badan.

- Mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit atau masalah kesihatan seperti alergi (disebabkan binatang kesayangan, makanan dan persekitaran), jangkitan sinus, selsema, jerawat, kolestrol tinggi, keletihan yang kronik, sakit ulu hati, sakit tekak, dermatitis, artritis(bengkak sendi), gout dan menurunkan tekanan darah tinggi.

- Mengandungi Pectin, sejenis serat yang membantu menurunkan kadar kolesterol jahat dan mengimbang tekanan darah dalam badan.

- Membantu mengekstrak kalsium dari buah-buahan, sayur-sayuran dan daging untuk menguatkan tulang.

- Kaya dgn Potassium yang membantu proses detoksifikasi harian untuk kecantikan kulit, merawat masalah kerapuhan kuku dan gigi, keguguran rambut serta boleh merawat masalah sinus.

- Kaya dgn Beta Carotene yang membantu memperbaharui kerosakan sel-sel tubuh akibat aktiviti radikal bebas, menegangkan dan memudakan kulit.

- Mengandungi Malic Acid yang berfungsi sebagai agen anti-kulat untuk menentang jangkitan kuman, bakteria dan lain-lain hidupan mikroorganisma.

- Mengimbang kadar asid-alkali dalam badan, membantu melarutkan himpunan asid urik di sekeliling tulang rawan seterusnya menghilangkan sakit-sakit dan lenguh-lenguh pada sendi, otot dan badan.

Harga sebotol (500ml) - RM 19.00

Khasiat CUKA ANGGUR

CUKA ANGGUR juga mempunyai pelbagai khasiat dan vitamin yang sangat baik untuk badan. Kandungan gizi yang terdapat di dalam cuka anggur tidak hanya baik untuk mencegah gangguan kesihatan malah ia juga baik untuk mengubati penyakit. Ramai pengamal kesihatan menekankan kandungan vitamin antioksidaan yang terdapat padanya dapat membantu anda dalam mencegah pelbagai penyakit yang berkaitan dengan faktor usia.

Khasiat CUKA ANGGUR:

- Dapat membantu menurunkan kadar kolestrol dan mencegah pengoksidaan kolesterol LDL(kolesterol jahat).

- Dapat mencegah dari risiko serangan penyakit jantung dan stroke.

- Mengawal paras gula dalam darah (untuk penghidap kencing manis sangat digalakkan).

- Membantu penyerapan kalsium & menentang bakteria berbahaya.

- Melancarkan sistem penghadaman.

- Melangsingkan badan dan mengembalikan keremajaan kulit (awet muda).

- Merawat radang kulit dan keadaan kulit yg merekah dan pecah-pecah.

- Meredakan masalah keletihan dan sakit-sakit badan serta memudahkan tidur.

- Meredakan sakit kepala, hidung tersumbat dan asthma.

Harga sebotol (500ml) - RM 19.00

Khasiat CUKA KURMA

CUKA KURMA mengandungi pelbagai vitamin seperti vitamin C, vitamin E, vitamin B1, beta-karotena, vitamin P(bioflavonoid) dan kaya dengan kandungan potassium (keremajaan kulit). Cuka kurma juga dapat membuang lemak, kolestrol, asid-asid dan garam berlebihan dalam badan yang membawa pelbagai penyakit berbahaya.

Menurut tokoh perubatan Islam, Ibnu Sina dalam kitab beliau 'Al-Qanun Fi Al-Tib' menyatakan bahawa "Cuka kurma dapat mencegah sebarang pembengkakkan di dalam badan seperti bisul dan kanser, memperbaiki masalah pencernaan di dalam perut, masalah usus, menyucikan darah, kerongkong, kahak, batuk berpanjangan, menjaga kulit dari kepanasan matahari, mengatasi masalah lemak-lemak di badan (kolestrol), menstabilkan asid dan garam di dalam badan, membuang keracunan badan (menyingkir toksik), masalah rahim, menguatkan gigi, mata, telinga serta mengembalikan tenaga lelaki dan perempuan" - Darul Fikri, Bairut Tahun 1414, m.s 908-909.

Ibnu Qayyim dalam kitab beliau 'Al-Tib Al-Nabawi' menyatakan cuka kurma bermanfaat untuk mengatasi masalah gastrik di perut, masalah hempedu(membersih hempedu dari lemak yang berbentuk batu), mencegah terhadap bahayanya ubat-ubatan (kesan sampingan dari ubat yg pelbagai) yang boleh membawa kepada kematian. Cuka kurma dapat melancarkan susu ibu dan melancarkan perjalanan darah yang berketul di dalam perut (masalah gangguan haid). Cuka kurma bermanfaat mengatasi masalah limpa, membersihkan usus(membuang toksik dalam perut), menguatkan sistem perut (buasir), menghilangkan masalah dahaga (kepanasan padan), mencegah sebarang pembengkakkan yang akan terjadi di dalam badan manusia (seperti bisul, kanser dan sebagainya), membantu sistem penghadaman makanan yang kasar dan membersihkan darah manusia (darah yang beracun) - Darul Kitab Al-Arabi, Bairut 1410H, m.s 233.

Harga sebotol (500ml) - RM 17.00

Wednesday, 27 April 2011

CUKA BUAH : Pengenalan


"Sebaik-baik makanan adalah cuka"
(Hadis Riwayat: Muslim-Ahmad)

"Ya Allah, berkatilah cuka kerana ia adalah makanan para Nabi sebelumku"
(Hadis Riwayat: Ibnu Majah)


Assalamualaikumwarahmatullah... di sini saya ingin berkongsi dengan anda semua bagaimana cara untuk mendapatkan penjagaan kesihatan dan kecantikan luaran dan dalaman cara Islam dengan kos yang sangat murah dan berkesan. Tidak perlu berbelanja lebih untuk mendapatkan khasiat-khasiat yang diperlukan oleh tubuh badan kita kerana khasiat yang terkandung di dalam cuka buah ini sudah mencakupi segala khasiat yang diperlukan oleh tubuh badan kita yang dijamin selamat dan halal. Cuka buah mengandungi pelbagai vitamin semulajadi yang sangat tinggi khasiatnya.

Cara pengambilan: 1 sudu besar pagi dan malam (sebaik-baiknya gunakan sudu plastik). Boleh juga dicampurkan bersama segelas air suam,jus kegemaran, pelbagai jenis minuman seperti teh dan kopi atau dicampurkan dengan sedikit madu. Ia juga boleh dicampurkan di dalam makanan harian. Kesannya akan terhasil apabila diamalkan setiap hari...Insyaallah. Segala apa jua yang kita usahakan dan lakukan semuanya adalah dengan izin Allah SWT. Mudah-mudahan diperkenankan olehNya. Amin... 

*Pastikan minum air secukupnya.
*Bagi ibu-ibu mengandung, cuka buah hanya boleh diminum selepas kandungan melebihi 4 bulan.

Harga :

Cuka kurma (500ml)  - RM17.00
Cuka anggur (500ml) - RM19.00
Cuka epal (500ml)    - RM19.00
Cuka delima (500ml) - RM23.00

Jika berminat, sila hubungi (call/SMS) no. berikut:

Sheila : 019-3992219
Sham  : 019-3982219

Terima kasih...:-)